jom kongsi resepi...

Author: Maznihaznira Mohd Nazir // Category:
Sumber ni saya ambik kat blog chef asma..... ada yg sempat dan ada yg x sempat saya tonton rancangannya di rtm ... (uli2 aidilfitri).....
jom kita cuba...............

EPISOD 1

Kek Keju Lebaran

Bahan-bahan:

1 keping kek coklat

A- 500 gram krim keju

125 gram gula kastor

150 ml krim putar

4 biji telur kuning

½ biji kulit lemon (diparut halus) @ limau susu

90 gram tepung kek

B- 4 biji putih telur

75 gram gula kastor

½ sudu besar jus lemon @ limau susu

30 gram tepung jagung

1 sudu kecil perasa coklat

Hiasan:

150 gram krim segar

4 biji buah strawberi

100 gram badam dibakar

Biskut jejari

Cara – caranya :

  1. Putar krim keju dan gula castor sehingga kembang . Masukkan krim putar,telur kuning,kulit lemon dan tepung kek.
  2. Adun kesemua bahan tadi sehingga sebati.
  3. Dalam bekas berasingan , putar putih telur dan gula castor sehingga kembang dan masukkan jus lemon dan tepung jagung.
  4. Satukan kedua- dua bahagian dan masukkan adunan kedalam acuan kek yang diletakkan sekeping kek coklat dibawahnya. Ambil 2 sudu besar adunan dan campurkan dengan 1 sudu kecil perasa coklat., tuangkan keatas kek tadi dan lorekkan .
  5. Bakar didalam ketuhar pada suhu 150 C selama 1 jam 30 minit dengan cara meletakkan air didalam loyang yang berasingan dan letakkan acuan yang berisi adunan kek didalamnya.
  6. Sejukkan kek sebelum dihias dengan bahan – bahan hiasan.

EPISOD 2

Kek Buah Kukus

Bahan-bahan:

1 ketul mentega (250 gram)

75 gram gula perang

3 biji telur

1 sudu kecil perasa vanilla

100 gram buah prun-cincang halus

350 gram buah-buahan campuran

350 gram tepung gandum

½ sudu kecil serbuk penaik

¼ sudu kecil serbuk soda bikarbonat

¼ serbuk kulit kayu manis

½ sudu besar gula hitam

Bahan B

150 gram gula pasir

Cara – caranya :

  1. Putar mentega dan gula perang sehingga berkrim.
  2. Masukkan telur , perasa vanilla dan gula hitam
  3. Satukan kesemua bahan – bahan kering dan masukkan kedalam bancuhan yang diputar tadi.
  4. Masak gula pasir sehingga kekuningan dan tuangkan kedalam bancuhan kek ( semasa masih panas ).
  5. Adun sehingga sebati dan masukkan kedalam loyang.( Permukaan kek hendaklah ditutup dengan kertas timah supaya air tidak menitik keatas permukaan ).
  6. Kukus kek selama 4 jam dan sejukkan sebelum dipotong.

EPISOD 3

Kek Nenas Ceri

Bahan-bahan:

A- 200 gram gula kastor

180 gram mentega

B- 4 biji telur

C- 300 gram tepung naik sendiri

D- 1 cawan jus nenas

1 sudu kecil perasa vanilla

E- 1 sudu besar gula perang

9 keping nenas

24 biji ceri merah

Cara – caranya :

1. Putar gula castor dan mentega sehingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.

3. Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan jus nenas dan perasa vanilla.

4. Adunkan bancuhan sehingga sebati.

5. Tabur gula perang didalam acuan kek dan susun nenas, letakkan ceri merah ditengah – tengah nenas.

6. Tuang bancuhan kedalam acuan tadi dan bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 45 minit pada suhu 160-180C atau sehingga masak.

EPISOD 4

Kek Pancawarna

A- 200 gram marjerin

50 gram mentega

250 gram gula kastor

B- ½ sudu kecil perasa vanilla

5 biji telur

C- 250 gram tepung naik sendiri

Sedikit pewarna merah, hijau, kuning dan coklat.

Sedikit perasa strawberi, pandan dan lemon.

Cara – caranya :

  1. Putar marjerin , mentega dan gula kastor sehingga berkrim.
  2. Masukkan perasa vanilla dan telur sebiji demi sebiji.
  3. Ahkir sekali masukkan tepung naik sendiri , adun sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan serta tambahkan sedikit perasa.
  5. Tuangkan adunan secara berselang – seli sehingga habis.
  6. Bakar pada suhu 160 C – 180 C selama 45 minit atau sehingga masak.

EPISOD 5

Kek Lobak Merah Kukus

Bahan-bahan:

250 gram mentega

150 gram gula halus

3 biji telur

1 sudu kecil perasa vanilla

200 gram lobak merah-diparut

100 gram buah prun-dicincang

50 gram kismis-cincang

230 gram tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

½ sudu kecil kulit kayu manis

Bahan krim keju:

250 gram krim keju

50 gram gula aising

Pewarna hijau, perasa oren dan oren

Kacang badam bakar sebagai hiasan

Cara – caranya :

  1. Putar mentega dan gula halus sehingga berkrim , masukkan telur dan perasa vanilla.
  2. Satukan lobak merah, buah prun , kismis , tepung gandum ,serbuk penaik dan kulit kayu manis.
  3. Masukkan bahan – bahan yang disatukan kedalam bancuhan mentega.
  4. Adun sehingga sebati, masukkan kedalam acuan dan kukus selama 45 minit atau 1 jam ( permukaan acuan hendaklah ditutup dengan kertas timah untuk mengelakkan daripada air menitik keatasnya )
  5. Sementara menunggu kek masak , putar krim keju dan gula aising sehingga berkrim,
  6. Apabila kek masak, sejukkan dan dihiaskan dengan krim keju dan bahan – bahan hiasan.

EPISOD 6

Kek Bebola Badam

Bahan-bahan:

( A )

250 gram kek coklat

20 gram badam

10 gram walnut

( B )

200 gram coklat masak

1 cawan susu segar

Hiasan:

300 gram coklat urai-coklat

100 gram coklat urai-warna warni

300 gram coklat masak

Mangkuk cawan kertas secukupnya

Cara – caranya :

  1. Panaskan coklat masak dan masukkan susu segar, biarkan pekat seketika.
  2. Campurkan kek coklat,badam dan walnut dan satukan dengan coklat yang dipanaskan tadi.
  3. Adunankan sehingga menjadi doh, bentukkan menjadi bebola .
  4. Sejukkan didalam peti sejuk. Panaskan 300 gm coklat masak dan salutkan kek dengan coklat dan coklat urai.
  5. Apabila siap , masukkan kek kedalam mangkuk cawan kertas .
  6. Hidangkan kek bebola badam.

EPISOD 7

Kek Buah Bakar

A- 160 gram mentega

160 gram gula perang

B- 3 biji telur+1 sudu kecil perasa vanilla

C- 160 gram tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

300 gram buah campuran

Cara – caranya :

  1. Putar mentega dan gula perang sehingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan perasa vanilla.
  3. Ahkir sekali masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan buah campuran.
  4. Masukkan kedalam loyang kek dan bakar pada suhu 160 C atau 180 C selama 45 minit atau sehingga masak.

Sejukkan kek pada suhu bilik sebelum dipotong dan dihidangkan

EPISOD 8

Kek Kelapa Lapis Coklat

A- 2 ketul mentega (500 gram)

200 gram gula halus

B- 12 biji telur-gred B

C- 100 gram kelapa dipanggang

200 gram Nestum-dikisar

1 cawan Biskut marie-dikisar

Lapisan:

180 biji coklat empat segi ( coklat Cadbury )

Cara – cara :

  1. Putar mentega dan gula halus sehingga berkrim.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Ahkir sekali , masukkan kelapa yang telah dipanggang, nestum dan biskut marie.
  4. Adunkan adunan sehingga sebati.
  5. Panaskan ketuhar menggunakan api bawah pada suhu 160 C, masukkan adunan 6 sudu besar kedalam acuan 9” x 9” x 3” , ratakan dan susun coklat empat segi diatas permukaan kek dan bakar selama 10 minit sehingga bahagian bawah masak.
  6. Untuk bahagian seteruskan gunakan api atas sahaja sehingga adunan habis dibakar.
  7. Setiap bahagian kek dilapis mengunakan kaedah yang sama sehingga habis.
  8. Apabila kek masak, biarkan pada suhu bilik sebelum dipotong dan dihidangkan.

EPISOD 9

Kek Cawan Kopi

Bahan-bahan:

A- 300 gram gula halus

180 gram tepung gandum

60 gram serbuk koko

2 sudu kecil serbuk penaik

½ sudu kecil garam

¼ sudu kecil serbuk soda bikarbonat

1 sudu besar Nescafe

B- 2 biji telur

½ cawan minyak jagung

1 cawan air

3 sudu besar susu tepung

1 cawan air panas

1 sudu kecil perasa vanilla

Krim Coklat Mentega:

150 gram gula halus

250 gram marjerin putih/krimwell

50 gram mentega

Sedikit perasa coklat

Bunga-bunga kecil untuk hiasan

Sedikit pewarna hijau untuk daun

  • ambil sedikit krim untuk dibuat daun

Cara – caranya :

  1. Satukan kesemua bahan – bahan ( A ) didalam mangkuk aduanan .
  2. Didalam bekas yang berasingan, satukan bahan – bahan ( B ).
  3. Satukan bahan ( A & B ) , adunkan sehingga sebati.
  4. Masukkan kedalam mangkuk cawan kertas dan bakar pada suhu 160 C – 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Setelah masak , hiaskan dengan krim coklat mentega dangan dihias dengan bunga – bunga kecil.

Cara membuat krim :

  1. Gula halus, majerin putih dan mentega diputar sehingga berkrim dan putih .
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, Campurkan 1 bahagian dengan sedikit perasa coklat dan campurkan satu bahagian lagi dengan pewarna hijau untuk membuat daun.

EPISOD 10

Kek Pandan Kelapa Krim Mentega

Bahan-bahan:

250 gm mentega @ 200 gm majerin + 50 gm mentega

250 gula kastor

5 biji telur

250 gram tepung berserbuk penaik

20 gram kelapa kering - dipanggang

1 sudu kecil pewarna hijau

Krim mentega:

250 gram marjerin putih @ krimwell

150 gram gula aising

1 sudu pewarna biru

Cara – cara :

  1. Putar mentega dan gula kastor sehingga berkrim.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Ahkir sekali masukkan tepung berserbuk penaik, kelapa kering dan pewarna hijau.
  4. Adunkan sehingga sebati, masukkan kedalam loyang 10” bulat dan bakar pada suhu 160 C – 180 C selama 45 minit atau sehingga masak.
  5. Sementara menunggu kek masak, putar majerin putih @ krimwell dan gula aising sehingga berkrim dan kembang.
  6. Apabila kek sejuk, hiaskan dengan krim mentega.

EPISOD 11

Kek Keju Oats

Lapisan bawah:

100 gram oats

100 gram mentega

50 gram gula halus

Lapisan kek keju:

250 gram krim keju

80 gram gula halus

100 gram coklat masak putih

250 gram krim putar

¼ cawan susu segar

Hiasan:

Krim putar

Coklat masak putih-diparut

Buah strawberi

Cara – caranya :

  1. Putar krim keju dan gula halus sehingga berkrim.
  2. Panaskan coklat putih dan masukkan kedalam bancuhan krim keju

Berserta dengan susu segar.

  1. Ahkir sekali masukkan krim segar.Adun hingga sebati.
  2. Satukan semua lapisan bawah dan masukkan kedalam mangkuk..@ acuan bulat saiz 9” @ empat segi.
  3. Tuangkan bancuhan krim keju tadi keatas lapisan bawah.
  4. Ratakan dan sejukkan didalam peti ais selama 3 jam.
  5. Hiaskan dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

EPISOD 12

Kek Pisang

A- 3 biji telur

120 gram gula halus

B- 150 gram pisang montel

1 sudu kecil perasa pisang

C- 250 gram tepung gandum

2 sudu kecil serbuk penaik

½ sudu kecil serbuk soda bikarbonat

(bahan C diayak bersama)

D- 150 ml atau ½ cawan susu segar

100 ml ½ cawan minyak jagung

Akhir sekali: 100 gram kismis

Hiasan:

Krim putar @ fresh krim

Pisang

Buah strawberi

Cara – caranya :

  1. Putar telur dan gula halus sehingga kembang.
  2. Masukkan pisang montel yang telah dilecek halus dan perasa pisang.
  3. Ahkir sekali masukkan bahan – bahan yang diayak berselang – seli dengan susu segar dan minyak jagung.
  4. Masukkan kismis dan gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan kedalam acuan 10” bulat @ berlubang tengah., dan bakar pada suhu 160C – 180C selama 45 minit atau sehingga masak.
  6. Sejukkan kek dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan.

EPISOD 13

Kek Kukus Coklat Lembap

Bahan-bahan:

1 ketul mentega

1 cawan gula kastor

3 biji telur

½ cawan susu cair

½ cawan air

1 cawan tepung naik sendiri

½ cawan serbuk koko

Krim coklat:

250 gram coklat masak

½ cawan susu segar

Hiasan: 100 gram coklat masak putih 100 gram coklat urai

Cara – cara :

  1. Putar mentega dan gula kastor sehingga berkrim.
  2. Ayak tepung naik sendiri dan serbuk koko.
  3. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang – seli dengan susu cair dan air.
  4. Adunkan bancuhan sehingga sebati.Masukkan kedalam acuan .
  5. Kukus selama 1 jam 45 minit .
  6. Sejukkan kek sebelum disapu dengan krim coklat dan dihias dengan bahan hiasan.
  7. Cara membuat krim coklat : Panaskan coklat masak dan masukkan susu segar.Biarkan sejuk seketika.

0 Responses to "jom kongsi resepi..."

Post a Comment